CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 27, 2007

Tazkirah Hari Ini...dr Kak Jaja :P

Jendela Hikmah: Sikap ibu bapa antara punca anak lupa agama

Oleh Dr Hafidzi Mohd Noor

SEORANG wanita mengajukan persoalan yang bermaksud kebanyakan wanita zaman sekarang lupa kepada agama. Adakah masalah itu berpunca daripada sikap ibu bapa? Saya lebih suka frasakan pernyataan itu kepada 'sebilangan umat Islam hari ini sudah lupa pada agama' kerana ia lebih saksama dan menggambarkan realiti sebenar.

Hakikatnya, bukan wanita saja yang lupa pada agama. Lelaki juga sebegitu bahkan tanggungjawab mereka sebenarnya lebih berat kerana Allah meletakkan kelebihan kepada lelaki sehingga mereka menjadi pelindung kepada wanita.

Jika ramai wanita hari ini melupakan agama, sebahagiannya berpunca daripada lelaki yang juga meninggalkan agama sehingga mereka gagal melindungi wanita mereka daripada melanggar hukum agama.

Apakah gejala lupa kepada agama berpunca daripada kurangnya pendidikan ibu bapa? Pernyataan itu sebenarnya menggambarkan apa yang disebut Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: “Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikan ia Yahudi, Majusi dan Nasrani.”

Hadis ini menunjukkan jika anak membesar dengan corak akhlak atau pegangan hidup yang tertentu, ia boleh dikesan kepada pendidikan yang diterima daripada ibu bapa.

Ibu bapa adalah madrasah (sekolah) pertama bagi anak. Sebelum anak dihantar ke institusi pendidikan formal bermula dari tadika, sekolah dan peringkat lebih tinggi, anak mempelajari asas pembentukan pandangan hidup (akidah) dan sahsiah (keperibadian dan akhlak) daripada ibu bapa mereka. Inilah objektif pendidikan sebenar.

Pendidikan ialah menurunkan nilai sehingga lahir insan mempunyai pegangan hidup yang mantap dan jitu.
Bagi umat Islam, nilai itu ialah nilai Islam yang berteraskan tauhid. Asas tauhid yang mantap menatijahkan tingkah laku, tutur kata dan tindakan didasarkan tuntutan syariat Islam.

Jika hari ini kita melihat anak perempuan dan lelaki mendedahkan aurat, bergaul bebas tanpa batas, terbabit dengan pelbagai gejala sosial, maka itu adalah natijah daripada pendidikan yang mereka terima di rumah - pastinya tidak menepati apa yang dikehendaki Islam.

Mereka mungkin terpelajar dan mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik, tetapi itu bukan matlamat pendidikan. Pendidikan Islam bukan sekadar menguasai bidang teknikal dan akademik, tetapi lebih menjurus pemupukan nilai dan pembentukan akhlak.

Ia tidak bermakna Islam mengetepikan akademik kerana ia adalah bahagian penting daripada pembinaan kebudayaan dan tamadun, tetapi mesti diasaskan atas pendidikan tauhid yang mantap.

Beberapa kajian menunjukkan kesilapan mendidik anak pada peringkat awal (antara umur tiga hingga tujuh tahun) menyebabkan kecelaruan nilai dan keruntuhan akhlak pada peringkat umur 13 hingga 20 tahun.

Berdasarkan penilaian ini, masalah yang berlaku pada kelompok umur remaja sebenarnya boleh dikesan pada peringkat awal pendidikan. Siapakah yang bertanggungjawab pada peringkat umur di bawah tujuh tahun kalau bukan ibu bapa. Boleh kita simpulkan di sini ibu bapa menjadi satu daripada punca kepada sikap umat Islam yang melupakan agama mereka hari ini.

Pendidikan awal penting dan Rasulullah SAW berpesan kepada ibu bapa supaya menyuruh anak mendirikan sembahyang pada usia tujuh tahun. Ia bermakna pada umur itu anak tadi sudah patut menerima dan mematuhi suruhan agama.

Ia juga bermakna anak sudah terbiasa dengan suasana ibu bapa dan keluarga yang mendirikan dan mementingkan ibadat solat di rumah. Jika mereka tidak terbiasa melihat ibu bapa dan seisi keluarga mendirikan solat, bagaimana mungkin anak boleh meniru dan melakukan perbuatan sama.

Sebenarnya, ini juga satu isyarat bahawa pendidikan yang sebenar ialah dengan amal. Pendidikan hanya akan berlaku apabila pengajaran berlaku dalam bentuk amal, bukan dalam bentuk kata-kata. Ia juga menunjukkan hanya ibu bapa yang terdidik dengan kehidupan Islam mampu mendidik anak dalam acuan dikehendaki agama.

Kemudian kita lihat Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa memukul anak yang masih meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun. Pengajarannya ialah apabila anak sudah berusia 10 tahun, nilai kehidupan sepatutnya sudah mewarnai jiwanya sehingga dia akan melakukan suruhan agama dan meninggalkan larangannya tanpa disuruh.

Jika masih meninggalkan solat pada usia itu, ia satu petanda nilai belum terbina dengan baik sehingga hukuman perlu digunakan bagi memperbetulkan keadaan.

Apabila anak memasuki umur baligh keadaan menjadi lebih sukar jika jiwa mereka tidak dipupuk dengan nilai yang berlandaskan syariat Islam.

Nota: bagi saye kesalahan bukan teletak di bahu ibu bapa semata2 kerana anak tersebut apabila sudah besar dia yg bakal mencorakkan hidupnya...ini kerana pilihan ada di tangannya..ibu bapa hanya membimbing sebaik mungkin dan saye pasti takda parents yg mahu melihat kehancuran anaknya sendiri...anak tu la yg memilih utk menjadi baek atau sebaliknya...saye ade membace sebuah buku motivasi yg lebey kurang cenggini la katanye.."..kite buat apa yg kite nk jadi...pilihan ada ditangan manusia...bile kite pilih utk mkn kite mkn, same jugak ngan hidup ni...kalo kite pilih utk jd baek, kite akan bebuat baek...begitu jugakla sebaliknye..."

Manusia dikurniakan akal utk befikir buruk baik sesuatu perkara...jd gunakanlah sebaik mungkin sebelum nikmat akal itu ditarik balik...dan yang nyata, iman tak mungkin dapat diwarisi dari ibu bapa yg bertaqwa...

Tuesday, July 17, 2007

Bulan Rejab Datang Lagi ....

Fadilat puasa sepanjang Rejab


REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab yang bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan ada berpendapat bulan inilah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk melakukan ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadilat ibadat di dalam bulan itu.

Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab:

Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:

l Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.

l Puasa dua hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.

l Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

l Puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.

l Puasa lima hari - aman dari azab kubur.

l Puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

l Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.

l Puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.

l Puasa sembilan hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

l Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

l Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

l Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

l Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

l Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

l Puasa 19 hari - Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

l Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

l Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

l Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

l Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.

l Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

l Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Kelebihan lain pada Rejab:


l Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

l Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

l Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah.

l Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan bulan menuai.

l Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.

l Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadan menggandakan kebajikan.

l Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

l Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1,000 pahala.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:


l Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

l Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir

l Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

l Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

l Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:


l Israk dan Mikraj (27 Rejab)

l Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

l Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.



Doa pada Rejab:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku.


Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku.

Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.
Note: Marilah kita sama2 meningkatkan amalan di bulan penuh rahmat ni..semoga dosa2 kita yg lalu mendapat keampunan dariNya... Amin..

Monday, July 02, 2007

Berakhir La Sudah

From 28th to 1st of July...ada tournament silat yg dianjurkan oleh Petubuhan Seni Silat Gayong Malaysia MMU Cyberjaya.Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancear walaupun dengan sumber kewangan yang terhad serta ahli jawatankuasa yang tak ramai.Walaupun pasukan MMU sendiri xde la banyak menang pingat,tapi kami berpuas hati dengan kejayaan ini.

Semua susah payah serta cuti semestar yang terpaksa dikorbankan mendatangkan kepuasan yang amat di hati.Semua ajk bekerjasama bagi menjayakan event ni.Terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Terima kasih juga kepada wasit juri serta peserta yg membantu kami.Tanpa kehadiran mereka,event ini tak dapat dijalankan.

InsyaAllah,dalam masa terdekat saya akan upload gambar2 sepanjang kejohanan kat web gambar.Nak rehat dulu semua.Semoga kami diberi peluang untuk mengadakan kejohanan seperti ini pada masa2 akan datang.Ciaw~