CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 27, 2007

Semoga Cepat Sembuh Tun!!!


Bekas perdana menteri Malaysia yg ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjalani pembedahan kali kedua 2,3 hari lepas. Harap saya belum ketinggalan untuk mengucapkan kepada Tun semoga cepat sembuh.Saya mendoakan kesihatan Tun selalu.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat dan berkat-Nya ke atas ke atas Tun dan keluarga.Saya akan ikuti perkembangan kesihatan Tun daripada blog anak Tun,Marina.Semoga cepat sembuh Tun....!!!

Wednesday, September 26, 2007

Info Terbaru Pembunuh Nurin...

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dan penderaan seksual terhadap Nurin Jazlin Jazimin, 8, di Lebuh Ampang di sini hari ini.

Suspek itu, yang bekerja sebagai “orang tengah” di sebuah agensi pelancongan di bandar raya telah diajak oleh seorang rakannya ke sebuah kedai kopi di mana sepasukan polis menunggu untuk menahan lelaki itu.

Sumber polis berkata, serbuan itu dibuat selepas rakan suspek memberitahu polis bahawa suspek mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Nurin.

Rakan suspek itu juga memberitahu polis bahawa lelaki yang disyaki itu mungkin terlibat dengan kes pencabulan dua kanak-kanak yang dilaporkan di Kampung Baru dengan menggunakan terung.

Difahamkan sebelum penahanan itu, rakan suspek telah meyakinkan suspek bahawa beliau mempunyai satu rancangan perniagaan yang perlu dibincangkan di kedai kopi itu.

Kira-kira pukul 2 petang, suspek tiba di kedai kopi itu dengan rakannya telah sedia menunggu.

Menurut rakan suspek, mereka pada mulanya membincangkan tentang usaha sama perniagaan sebelum menukar topik kepada perkara-perkara peribadi.

“Pada masa ini, saya menghantar SMS kepada sepasukan anggota polis berpakaian biasa yang menunggu di luar kedai kopi itu untuk bertindak.

“Lelaki berkenaan kemudiannya meminta saya menemui rakan perniagaannya dan mula berjalan ke arah sebuah bangunan yang terletak di seberang jalan.

“Pada saat inilah, saya menghubungi polis,” katanya di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, masih terlalu awal untuk polis mengulas mengenai penahanan suspek.

Difahamkan suspek itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Pada 20 Ogos, Nurin Jazlin dilaporkan hilang oleh bapanya Jazimin Abdul Jalil, selepas keluar seorang diri untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini.

Di sebalik liputan meluas media dan usaha besar-besaran mencarinya, Nurin Jazlin tidak dapat dikesan.

Pada 17 September, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di hadapan tangga sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Hasil ujian DNA mendapati mayat itu adalah Nurin Jazlin dan bedah siasat mendapati mangsa juga didera secara seksual.

Suspek berkenaan, yang memakai baju kemeja lengan panjang berwarna biru dan berseluar hitam, membawa sebuah beg untuk bertemu dengan rakannya di kedai kopi itu.

Difahamkan lelaki itu yang berasal dari Segamat, telah bertunang dengan seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di sini.

- Bernama

taken from In Memory of Nurin Jasline

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku
berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan
redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-
Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
(tarikh terjadinya) hari kiamat
didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada
ilmu ini. Wallahualam

Saturday, September 15, 2007

Ramadhan al-Mubarak

Bulan Ramadhan datang lagi.Bulan yg penuh berkat buat umat Islam diseluruh dunia.Bulan yg ditunggu2 saban tahun....Bulan yg penuh berkat buat semua.Bulan utk kita beribadat serta memohon kemaafan daripada Allah s.w.t.

Bukan bererti hanya di bulan Ramadhan saja kita perlu memohon keampunan dr Allah s.w.t.,bulan2 lain juga digalakkan.Bulan Ramadhan penuh dengan keberkatan dan di bulan ini jugalah berlaku peristiwa israk mikraj.Peristiwa Nabi s.a.w. naik ke langit utk bertemu Allah s.w.t.

Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia kahsnya dan seluruh dunia amnya.Saya doakan keamanan dan kesejahteraan buat semua.Wassalam.

Sunday, September 02, 2007

it's been a while....

it's been a while since i update my blog..agak sibuk dengan tugasan sebagai pelajar...asignment..midterm..tak lama lagi final exam dalam bulan puasa..again....

hope still not late to wish all Malaysian Selamat Hari Merdeka yang ke 50....also to my bro reriki on his wedding day with kak kamelia...semoga jodoh korang berdua akan kekalga ke akhir hayat...dan semoga berbahagia selalu...maaf la tak dapat nak datang ke majlis perkakhwinan bro..kekekeke...

bro reriki pon dh pindah blog web dia dari blogspot ke wordpress...walaupun pembaca blog aku dr kalangan kawan2 jer,tp ada la jugak yg sudi drop by and baca posting aku...walaupun isu2 yang bercampur pasal isu2 semasa..ilmiah dan sebagainya..masih ada yang sudi singgah dan membaca posting aku...terima kasih banyak2 aku ucapkn...

mungkin ni je la untuk kali ni..kalau masa mengizinkan,insyaAllah akan aku slalu update blog ni...tema still same...isu2 semasa dgn bahan2 ilmiah srta posting2 peribadi...

semoga Malaysia serta anda semua dirahmati Allah s.w.t. serta diberkati-Nya..wassalam...