CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 23, 2007

Mo Siang Online

Assalamualaikum semua. Maaf la sebab dah lama tak update posting.Exam week la,walaupon paper aku dah abes...muahahahaha.Semangat exam week tu ada ladi (malas la senang nk citer).

Sekarang ni MMU dah nak cuti dah.lagi 5,6 hari jer.Pastu selamat la.Sedey la jugak ramai kawan2 yg akan grad lepas ni.Dah la aku ni tak ramai kawan,derang pi grad plak...aahahahaha.Xpe la,wish all of them a great result in exam and grad with warna2 yg terbang.

Sekarang ni aku tgh ketagih la.Sila jgn pk yg bukan2 ye.Sekarang ni aku ketagih main game online dari taiwan.Mcm tajuk posting kat atas,nama dia Mo Siang Online.Fuh..melekat la jugak akt depan pc ni 4,5 jam sehari.Naik kebas semua urat sarat ni.Dapat la gak kenal ramai kawan2 alam maya (cewah) dari M'sia dan luar negara.

Dengan itu,saya mengesyorkan sume org yg menganggap diri mereka gamer,sila la main game ni.Best siot...hehehehehe.So far ni je la posting aku,dh ngantuk ni.Jumpa lagi di posting yg akan datang.Wassalam.

Tuesday, May 15, 2007

Pelajar MMU Murtad

Dalam bahagian 'Setempat', Harian Metro hari ini ada menyiarkan berita mengenai pelajar MMU yg mengisyitharkan dirinya murtad. Sebelum HM membuat laporan, saya sendiri ada mendapat URL laman blog pelajar tersebut dan ada membacanya beberapa kali.

Pelajar jurusan kejuruteraan itu mengaku bahawa sekarang dia berfahaman atheist iaitu golongan yang tidak percaya kepada agama. Dalam blognya dia menyatakan rasa tidak setuju beliau terhadap hukum hudud dalam Islam. Katanya lagi, ketika mengikuti umrah ke Mekah beliau ada bertanya mengenai golongan yang cacat tangan, terang seseorang mereka jadi begitu kerana hukum hudud yg di amalkan di Mekah.

Seingat saya beliau juga pernah bertanya kepada seorang ustazah mengenai hukum hudud ini, namun beliau disuruh berdiam diri dan menerima sahaja hukum itu seperti yang di tuntut oleh Islam. Dalam laman blognya juga, beliau mengakui beliau bersolat 5 waktu sehari bkn kerana Allah, tetapi untuk memuaskan hati orang di seliling terutama nenek dan keluarganya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau seringkali berpuasa dan melakukan amal ibadat yang lain. Beliau juga membaca dan mendalami terjemahan al-Quran dan sering mengikuti program Interfaith Talk (program interaksi antara agama yg dianjurkan Institusi Usrah di MMU Melaka).

Rasanya sampai di sini sahaja posting saya, sebab saya tak dapat nk ingat posting2 beliau yang lain,harap maaf. Anda boleh masuk laman blog beliau di sini. Maaf sebab tak dapat nk buat posting panjang lebar sebab tengah minggu exam di MMU,lgpun petang ni first paper. Wish me luck people.

p/s: anda boleh cuba untuk masuk blog beliau.bila saya cuba, access is denied.maybe to a certain people only. Buat saudara Fakidos, blom terlambat lagi untuk berpatah balik. Harap saudara Fakidos berfikir dengan lebih panjang dan teliti. All the best bro ;)

Sunday, May 13, 2007

Selamat Hari Ibu

Hari ini 13 Mei.Hari ini merupakan hari ibu sedunia (kot). Saya sayang ibu saya walaupun saya tak rapat sangat degan ibu saya. Saya akui saya jarang balik kampung untuk menjenguk keluarga,tapi dari jauh saya sayang...ehehehehe. Saya ada dua orang ibu,seorang ibu kandung manakala seorang lagi ibu tiri. Walapun abah saya dengan mama saya telah bercerai,hubungan saya dengan kedua²nya masih ok.Bagi semua pembaca,mari kita doakan semoga ibu kita sentiasa selamat dan dirahmati oleh Allah S.W.T serta sihat selalu.

Ada satu kisah yang saya baca mengenai sabda Rasulullah S.A.W " Ada seorang lelaki datang bertanya kepada Baginda.'Ya Nabi Allah,siapa yang harus aku hormati?Maka Baginda menjawap 'Ibumu',lelaki itu bertanya soalan yang sama lagi.Baginda Rasulullah menjawap 'Ibumu' lalu lelaki itu bertanya buat kali yang ketiga namun jawapan yang serupa iaitu 'Ibumu' diberikan oleh Baginda.Untuk kali yang keempat barulah Baginda berkata 'Bapamu'.Ini bermakna ibu merupakan insan yang perlu kita hormati dan patuhi.Selagi permintaan ibu itu tidak bertentangan dengan Islam,maka wajib bagi kita untuk mematuhinya.Setitik pun air mata ibu yang jatuh kerana kecil hati akibat perbuatan kita,maka berdosa besarlah kita.
Begitu mulia seorang wanita yang bergelar ibu.Hargailah jasanya yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.Segala susah payah dan jerit perih dilaluinya demi anak yang tercinta.Apa yang dimahukan oleh seorang ibu hanyalah yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan.Kesakitan dan penderitaan yang ditanggung ketika proses melahirkan sanggup ditanggung.Kerana itulah Allah menjanjikan syurga bagi ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak.Mulianya seorang insan yang bergelar ibu.

Ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya.Sebab itulah syurga berada di tapak kaki ibu.Mulianya seorang ibu di sisi Islam.Bukan Islam sahaja,tetapi agama lain juga menuntut pengikutnya supaya menghormati ibu.Kenanglah jasa dan pengorbanan ibu yang membesarkan kita dari sekecil tapak tangan sehingga menjadi seorang manusia.Janganlah di marah,meninggikan suara serta melawan kata2 ibu,kerana perkara seperti itu mendatangkan tidak berkat dalam hidup kita.

Selagi kita hidup,tiada yang akan dapat menggantikan tempat ibu kita.Sejak kita lahir sehingga kita kembali kepada-Nya,hanya seorang dia sajalah ibu kita,tiada yang lain.Oleh itu.selalu ingati jasa dan pengorbanan ibu kita.Doakan semoga dirinya selalu sihat dan diberkati Allah hendaknya.

Saturday, May 12, 2007

I'm Back


Arrive back at Putarjaya and Sayaberjaya on Wednesday morning after a week holiday at my hometown.Next week is for final exam in MMU...wahahahaha...Well ,it's nice to go back to my hometown in Kelantan. A lot of development can be seen everywhere. A project named 'Riverview Mall' is in good progress. Lot of luxuries car can be seen on the road.

That's means something to me.People in Kelantan is living greatly even without the central government help. And of course, cost of living here is a lot more cheaper than anywhere else. Business is blooming everywhere,either in Kota Bharu or anyplace else. Kubang Kerian,where my house situated also developing greatly. The road is better (last time i went home it's a lot bumpier) and at some place were made wider. Especially near the bus station behind KB Mall.

Sadly, I cant join the speech by Tun Dr Mahathir when he went to Kelantan. I always want to meet him face by face even from far. Hope he can drop by to Kelantan one day once again and I'm there.You can read about his journey and speech program here and here. That's all i can write for today.See you soon again. To all bloggers, keep on blogging.See you all then. Wassalam. Gomo Kelate Gomo

Tuesday, May 01, 2007

Perpisahan....

Tonight i'm going back to my hometown in Kelantan.It's almost 6 months i didn't go home. Well,since it's labor n wesak day holiday and all class is finish, i'm going home. I miss my late grandmother. I plan on visiting her grave when i'm there. Might not be online for a week more...hehehehehe. But next week i'll be back. On 9th May got a midterm just before the final exam..damn.Well,happy holiday for all even for 2 day.

Salam perpisahan untuk semua.Panjang umur jumpa lg di alam maya ni.Taking care and daa... ;)


p/s: al-Fatihah buat datuk kawanku,Raja Nur Aina@ Ell yg meninggal dunia dalam pkl 1 pg td.Moga rohnya dicucuri rahmat...amin.