CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 28, 2007

Realiti lwn Fantasi

aku adalah pendatang baru dlm bidang penulisan blog.terpanggil utk menyertai angkatan bloggers united setelah membaca blog seorang senior aku,nickname reriki.banyak benda yg tidak aku ketahui telah aku ketahui setelah membabitkan diri dalam bidang membaca blog.setelah itu aku turut membaca blog2 hasil coretan oleh bloggers yang lain.sesetengah perkara yg tercatat dlm blog masing2 kadang2 tidak diketahui umum,mungkin telah ditapis terlebih dahulu sebelum dicetak atau disiarkn.

semuanya bermula apabila ada tajuk akhbar yg mengatakan bahawa penulis blog di internet adalah tidak kebal dari segi undang2.kes yg menarik perhatian aku adalah kes yg melibatkan saudara rockbru.seorang bekas wartawan di the malay mail serta the sunday mail(btolkan aku kalo tersilap).kisah dia disaman oleh pihak NSTP milik kerajaan menarik perhatian org ramai serta ramai penulis2 blog yg lain.dengan itu tertubuhnya bloggers united-no fear.kes saudara rockybru akn disambung pendengarannya pada 2 april untuk kes saman ke atas beliau oleh pihak NSTP.maafkan aku kerana terlupa sebab-musabab dia disaman.

blog2 lain yg aku byk baca antaranya rantingsbyMM,sang kelembai,3540 jalan sudin,screenshots,the scribe a kadir jasin,malaysia today dan byk lg.kebanyakannya berunsur politik.mungkin agak tidak sesuai bg aku yg masih bergelar seorang pelajar di IPTA.namun sebagai pelajar,aku rasa aku perlu tahu akn arus pergerakan politik di negara sndr.mungkin akn ada org kata aku sepatutnya tumpukan perhatian terhadap pelajaran.memang betul,kerana itu tanggungjawab aku sebagai pelajar.namun aku juga berhak tahu ape yg berlaku di dalam negara khususnya dan luar negara amnya.sekurang2nya aku tahu akn keadaan di tanah air sendiri serta di seluruh dunia.

sebagai generasi lepas merdeka,zaman aku menyaksikan era kepimpinan dua perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad serta AAB sebagai yg terbaru,walopon sudah lebey 3 taun dia berkuasa.dalam kebanyakan blog yg aku baca,pada awalnya seolah2 tidak dapat diterima akal dan hampir tidak percaya pada setiap baris ayat yg dicoret di dalamnya.mungkin mata aku dikaburi dgn informasi2 yg telah ditapis oleh pihak2 tertentu sebelum dicetak dan disiarkan di media cetak atau elektronik.byk sekali perkara2 yg melibatkan kes2 berprofil tinggi,keadaan politik di malaysia,suasana dlm parti memerintah,isu itu,isu ini dan sbgnya yg menarik minat aku utk membaca blog2 mereka ini.

kini aku sedar bahawa kebebasan untuk bersuara bagi seluruh rakyat disekat seperti yg di alami saudara rockybru.isu penggabungan nstp dgn utusan yg gagal ada sebabnya.teguran TDM ke atas kerajaan yg di terajui pengasas Islam Hadhari(kini aku tahu apa maknanya Islam Hadhari) yg di dapati terpesong dr perjuangan asal,sikap ahli2 politik yg bermuka tembok serta cakap tak serupa bikin,pembelian 'permainan' baru yg dikatakan terlalu mahal,kerajaan yg mengamalkn 'nepotism' atau kerajaan kroni bak kata sesetengah bloggers serta bermacam2 hal lg.

memang ramai yg tidak tahu perkara yg berlaku di seliling mereka kerana terpaksa membanting tulang utk bekerja utk mencari sesuap nasi utk keluarga dan diri sendiri.isu seperti kenaikan tol,kenaikan harga minyak,kenaikan harga barang2 keperluan sedikit sebanyak menjejaskan emosi mereka.ini bermakna mereka perlu bekerja lebih keras utk mencari rezeki yg HALAL.sedangkan mereka2 yg di atas tidak perlu risau kerana mereka telah dapat mengaut keuntungan di atas hasil usaha rakyat yg berpenat lelah membanting tulang empat kerat mereka serta tender2 yg yg telah dikatakan terlepas kepada pihak lain(isu 85% tender utk kontraktor kelas F Melayu).

sebagai salah seorang daripada generasi baru yg bakal mengambil alih tugasan menjaga bumi malaysia bertuah ini,bakal pemimpin generasi aku mungkin akn menghadapi kesusahn utk mentadbir negara sekiranya generasi pentadbir negara sekarang lebih mementingkan kehendak serta nafsu masing2 tanpa memikirkan nasib rakyat2 yg telah memilih mereka.generasi pemimpin masa depan terpaksa membersihkan kotoran serta segala mcm jenis benda kotor yg ditinggalkan oleh pemimpin sebelum mereka.umpamanya kes TDM yg di gelar beruk menggongcang pokok,anjing yg menyalak bukit dan sebagainya.apakah ini panggilan yg berhak dilemparkan pada beliau terutamanya oleh mereka2 yg pernah berpihak pada dia ketika dia menjadi PM dahulu?bagaimana org ingin menghormati kita sekiranya kt tidak pandai menghormati org lain?

buat saudara rockybru,teruskan perjuangan anda dan moga anda diberkati oleh-Nya.kita berani kerana benar,kita takut kerana kita salah.maafkan saya sekiranya apa yg tercatat dalam blog ini menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.ini sekadar pendapat aku yg masih mentah dalam dunia ini.sesungguhnya yg baik datang dari Allah,segala kesilapan itu datang dari diri aku.sekali lagi aku memohon maaf.wassalam.

0 orang memberikan pendapat: