CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 28, 2007

Fikir Sebelum Buat

Mana Lebih Penting?

Mana lebih penting, Rawang-Ipoh atau MAlaysia-Singapura? Itulah isu yg dibangkitkan oleh ahli Parlime JB, Datuk Sharir Abdul Samad mengenai pembinaan landasan keretapi laju @ bullet train antara Malaysia dengan Singapura. Mengapa Singapura harus dilibatkan dalam pembinaan landasan ini? Bukankah dulu Singapura pernah menolak cadangan pembinaan yg menghubungkan republik itu dengan Malaysia. Kenapa pula bila timbul isu pembinaan landasan bullet train menarik perhatian republik dan ingin stesen terakhir berada di republik itu. Andai ikut logik akal fikiran manusia, mestilah diperlukan sejenis penghubung iaitu sebuah jambatan untuk dilalui oleh kereapi tersebut.Mmg la namanya bullet train, tapi ia masih perlukan landasan untuk bergerak, bukannya peluru yg boleh ditembak tanpa landasan.
Kerajaan perlu berfikir banyak kali sebelum melaksanakan projek ini.Kosnya saja mencecah RM8.1 billion(US$2.34b),tak ke ke banyak tu.Bukankah lebih elok di utamakan projek dalam negara dahulu.Landasan berkembar Ipoh-Rawang boleh memberikan keselesaan pada rakyat negara sendiri.Sekarang kos sara hidup bagi golongan yang makan gaji a.k.a. orang kerajaan makin meningkat dengan kenaikan kadar tol,elektrik serta minyak.Secara tidak langsung,rakyat ada inisiatif lain iaitu kemudahan awam utk digunakan.Fikirkanlah logik pelaksanaan projek itu terlebih dahulu.Utamakan negara sendiri sebelum berkongsi dengan negara lain.Takkan nak rakyat menanggung susah payah sedangkan kerajaan bersenang lenang denga projek2 mega yg membebankan kerjaan.Bukankah semua peruntukan itu datang dari cukai yang dibayar oleh rakyat?

F1 di Singapura?

Menurut akhbar Today milik republik Singapura, Malaysia gementar dengan kemungkinan perlumbaan F1 akan di adakan di sana.Temebual dengan Menteri Belia & Sukan, Datuk Azalina mengatakan bahawa menteri itu binbang sekiranya perkara itu menjadi kenyataan. Sejak 1999 lagi pelumbaan Grand Prix F1 Malaysia di langsungkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Laporan akhbar itu menyemarakkan lagi demam F1 di republik itu. Kehadiran orang kuat F1
,Bernie Ecclestone ke republik itu beberapa hari sebelum perlumbaan di Melbourne,Australia menghangatkan lagi keadaan.
Mungkin Siangapura tidak dapat membina litar yang baru kerana masalah tanah yang sekangkang kera,namun pihak berkuasa republik itu mungkin menjadikan jalan raya2 yang ditanda sebagai litar dibawah bangunan pencakar langit serta limpahan sinaran lampu.Mereka memperimbangkan untuk mengadakan perlumbaan F1 pada waktu malam dengan alasan untuk menarik lebuh ramai penonton Eropah.Beberapa orang pemandu F1 akan melakukan pandu uji di litar yang direka oleh Hermann Tilke sebelum berlangsungnya acara grand prix f1 di Malaysia pada bulan 4 nanti.


Kesimpulannya,kerajaan perlu lebih banyak berfikir mengenai projek yang mereka ingin laksanakan.Sekiranya Singapura mendapat mandat untuk mengadakan perlumbaan F1, ini akan menjejaskan sektor pelancongan negara.Secara tidak langsung,SIC akan kurang mendapat perhatian kerana terpaksa bersaing dengan Singapura.Andainya projek ini menjadi kenyataan,kita juga yang akan rugi.Samalah juga dengan projek bullet train tu,dahulukan keutamaan rakyat negara sendiri.Fikirlah sebelum terlambat,moga tak menyesal di kemudian hari.Sekian trimas.

0 orang memberikan pendapat: