Tak boleh tido la pulak.Pagi nnt kelas pukul 8 plak tu.Nk kene submit assignment lg.Mau terangguk dalam kelas.Got a story juz now.Cyberjaya specially cyberia hujan lebat ya amat.Tak pernah sepanjang duk cyberia ni hujan yg amat lebat.Siap banjir lagi depan jalan masuk tu.Ada la 2,3 biji kereta yg tenggelam.Nasib owner tu xtau nk kata la.Sebab aku bosan,aku nk share sumthg dengan semua org.Got this article from a magazime.Tajuk dia "Mengejar Erti Kebahagiaan".
1.Tak salah kalau nak rasa gembira
>Kalau kita ingin rasa gembira sepanjang,itu adalah perkara normal dalam kehidupan.Dengan keinginan ini,ia tidak membuat kita pentingkan diri sendiri @ materialistik.Tapi kita kena beringat,perasaan tu biarlah kene pada tempat dan masa yang sesuai.Bayangkan anda ketawa terbahak2 ketika majlis pengebumian seseorang.Tak ke gila org kata tu?
2.Kegembiraan itu hak semua insan,bukannya hak milik sesetengah individu.
>Ramai yg igt bahawa menjadi happy tu hak mereka.So,bila orang lain tak menggembirakan mereka,perasaan tak seronok mula menerjah dan mereka akn mula merungut.Sebenarnya kegembiraan itu terletak dalam tangan kita sendiri,bukannya tangan orang lain.Jangan selalu berharap akan ada org yg akan selalu ceriakan hidup anda.Malahan,sikap selalu merungut membuatkn orang di sekeliling kita rasa meluat.
3.Tiada org yg berhutang rasa gembira dgn anda.
>Jika anda menyebarkan rasa gembira anda pada org lain,kemungkinan orang lain akan turut sama menyumbang perasaan gembira mereka.Ia bukanlah hak kita utk memaksa mereka menerima dan berkongsi rasa gembira kita.Keputusan masih di tangan mereka.Tak usahlah memaksa.
4.Kegembiraan lahir dari kelakuan,bukan diri kita.
>Kegembiraan adalah hasil usaha seseorang.Kalau usaha kita berjaya,rasa gembira itu lebih terasa.Jika kita sering fokus pada perkara yg positif,rasa ceria akn terbentuk dalam diri kita.Bagi mereka yg rajin,membuat catatan tentang perkara2 positif yg kita lakukan akan turut membantu kita rasa gembira dan ceria.
5.Anda tidak akan rasa lebih gembira sekiranya memiliki lebih banyak material.
>Pernah dengarkan pepatah yg mengatakan "Money can't buy everything"?Banyak iklan yg memanipulasikan perasaan kita dengan menyelitkan iklan bahawa kegembiraan dapat dibeli dgn wang ringgit.Kita harus igt,walaupun kita memiliki kekayaan yg melimpah ruah,semua itu belum dapat menjamin rasa bahagia buat selama2nya.
6.Memori indah boleh disimpan untuk waktu2 yg kurang menggembirakan.
>Kalau kita mendepositkan memori indah dalam bank fikiran kita,mesti ada faedahnya kertika diperlukan.Kalau kita rasa sedih,dengan mengimbas memri indah akan dapat membantu menceriakan sedikit hidup.
7.Kegembiraan lahir dari perkongsian.
Perasaan gembira tidak mematuhi prinsip ekonomi kita.Ia tidak akn berkurangan atau susut jika kita memberikan @ berkongsi perasaan ini dengan orang lain.The more you give,the more you get.
So,ape yg kita tunggu lg?Semoga perlara2 di atas dapat membantu kita lebih menghargai perassan kita serta orrang di sekeliling kita.Sbb tu orang kata,sharing is caring... :) Ceriakan hidup anda dan hargai setiap insan yg anda sayangi...
Wednesday, March 21, 2007
Sumthing To Share
di blog oleh soldadu musim salju pada pukul 03:04
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang memberikan pendapat:
Post a Comment