CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 15, 2007

Pelajar MMU Murtad

Dalam bahagian 'Setempat', Harian Metro hari ini ada menyiarkan berita mengenai pelajar MMU yg mengisyitharkan dirinya murtad. Sebelum HM membuat laporan, saya sendiri ada mendapat URL laman blog pelajar tersebut dan ada membacanya beberapa kali.

Pelajar jurusan kejuruteraan itu mengaku bahawa sekarang dia berfahaman atheist iaitu golongan yang tidak percaya kepada agama. Dalam blognya dia menyatakan rasa tidak setuju beliau terhadap hukum hudud dalam Islam. Katanya lagi, ketika mengikuti umrah ke Mekah beliau ada bertanya mengenai golongan yang cacat tangan, terang seseorang mereka jadi begitu kerana hukum hudud yg di amalkan di Mekah.

Seingat saya beliau juga pernah bertanya kepada seorang ustazah mengenai hukum hudud ini, namun beliau disuruh berdiam diri dan menerima sahaja hukum itu seperti yang di tuntut oleh Islam. Dalam laman blognya juga, beliau mengakui beliau bersolat 5 waktu sehari bkn kerana Allah, tetapi untuk memuaskan hati orang di seliling terutama nenek dan keluarganya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau seringkali berpuasa dan melakukan amal ibadat yang lain. Beliau juga membaca dan mendalami terjemahan al-Quran dan sering mengikuti program Interfaith Talk (program interaksi antara agama yg dianjurkan Institusi Usrah di MMU Melaka).

Rasanya sampai di sini sahaja posting saya, sebab saya tak dapat nk ingat posting2 beliau yang lain,harap maaf. Anda boleh masuk laman blog beliau di sini. Maaf sebab tak dapat nk buat posting panjang lebar sebab tengah minggu exam di MMU,lgpun petang ni first paper. Wish me luck people.

p/s: anda boleh cuba untuk masuk blog beliau.bila saya cuba, access is denied.maybe to a certain people only. Buat saudara Fakidos, blom terlambat lagi untuk berpatah balik. Harap saudara Fakidos berfikir dengan lebih panjang dan teliti. All the best bro ;)

0 orang memberikan pendapat: