Hari ini 13 Mei.Hari ini merupakan hari ibu sedunia (kot). Saya sayang ibu saya walaupun saya tak rapat sangat degan ibu saya. Saya akui saya jarang balik kampung untuk menjenguk keluarga,tapi dari jauh saya sayang...ehehehehe. Saya ada dua orang ibu,seorang ibu kandung manakala seorang lagi ibu tiri. Walapun abah saya dengan mama saya telah bercerai,hubungan saya dengan kedua²nya masih ok.Bagi semua pembaca,mari kita doakan semoga ibu kita sentiasa selamat dan dirahmati oleh Allah S.W.T serta sihat selalu.
Ada satu kisah yang saya baca mengenai sabda Rasulullah S.A.W " Ada seorang lelaki datang bertanya kepada Baginda.'Ya Nabi Allah,siapa yang harus aku hormati?Maka Baginda menjawap 'Ibumu',lelaki itu bertanya soalan yang sama lagi.Baginda Rasulullah menjawap 'Ibumu' lalu lelaki itu bertanya buat kali yang ketiga namun jawapan yang serupa iaitu 'Ibumu' diberikan oleh Baginda.Untuk kali yang keempat barulah Baginda berkata 'Bapamu'.Ini bermakna ibu merupakan insan yang perlu kita hormati dan patuhi.Selagi permintaan ibu itu tidak bertentangan dengan Islam,maka wajib bagi kita untuk mematuhinya.Setitik pun air mata ibu yang jatuh kerana kecil hati akibat perbuatan kita,maka berdosa besarlah kita.
Begitu mulia seorang wanita yang bergelar ibu.Hargailah jasanya yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.Segala susah payah dan jerit perih dilaluinya demi anak yang tercinta.Apa yang dimahukan oleh seorang ibu hanyalah yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan.Kesakitan dan penderitaan yang ditanggung ketika proses melahirkan sanggup ditanggung.Kerana itulah Allah menjanjikan syurga bagi ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan anak.Mulianya seorang insan yang bergelar ibu.
Ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anaknya.Sebab itulah syurga berada di tapak kaki ibu.Mulianya seorang ibu di sisi Islam.Bukan Islam sahaja,tetapi agama lain juga menuntut pengikutnya supaya menghormati ibu.Kenanglah jasa dan pengorbanan ibu yang membesarkan kita dari sekecil tapak tangan sehingga menjadi seorang manusia.Janganlah di marah,meninggikan suara serta melawan kata2 ibu,kerana perkara seperti itu mendatangkan tidak berkat dalam hidup kita.
Selagi kita hidup,tiada yang akan dapat menggantikan tempat ibu kita.Sejak kita lahir sehingga kita kembali kepada-Nya,hanya seorang dia sajalah ibu kita,tiada yang lain.Oleh itu.selalu ingati jasa dan pengorbanan ibu kita.Doakan semoga dirinya selalu sihat dan diberkati Allah hendaknya.

0 orang memberikan pendapat:
Post a Comment